Kanak-kanak Gaza meninggal dunia akibat ditembak Jumaat lalu

GAZA, 14 Jan 2019 — Kanak-kanak Abd a-Rauf Ismail Salehah, 14, akirnya meninggal dunia semalam, akibat kecederaan ditembak dalam perhimpunan Great Return March (GRM) di timur Jabaliya Jumaat lalu.

Abd a-Rauf ditembak di bahagian kepalanya oleh pasukan tentera Zionis. Beliau dikejarkan ke Hospital Indonesia di Beit Lahia sebelum dipindahkan ke Hospital Shifa di Kota Gaza apabila keadaannya semakin buruk.

Beliau merupakan mangsa kedua serangan ke atas perhimpunan GRM Jumaat lalu, setelah wanita Amal Mustafa Taramsi, 43, terbunuh dan lebih 10 yang lain tercedera.

Seramai 247 penduduk Gaza, termasuk 44 kanak-kanak dan enam wanita, telah terbunuh sejak kempen GRM bermula pada 30 Mac 2018.

(PNN, PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts