Kanak-kanak terbunuh selepas cedera ditembak di sempadan Gaza

GAZA, 15 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis lewat petang mengumumkan seorang kanak-kanak Palestin dari Rafah di selatan Gaza telah meninggal dunia akibat kecederaan selepas ditembak pada 3 April lalu.

Ishaq Abdul Mu’thi Istawai, 16, ditembak ketika membolos pagar sempadan di Rafah. Beliau kemudian ditangkap oleh tenetra Zionis.

Insiden ini menjadikan jumlah jenazah penduduk Gaza yang masih ditahan oleh tentera Zionis seramai 12 orang. Semua mereka terkorban di kawasan sempadan.

Sementara itu, media Zionis melaporkan tiga pemuda Gaza telah ditembak ketika cuba melintas sempadan di timur Rafah. Salah seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia, namun tidak dimaklumkan secara rasmi oleh tentera Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts