Kawasan Al-Aqsa Akan Ditukar Menjadi Taman Awam

aqsa-01BAITULMAQDIS, 31 JULAI 2012 — Perbandaran Jerusalem telah mengeluarkan satu keputusan untuk menukar kawasan lapang di Masjid Al-Aqsa menjadi kawasan pakir kenderaan dan taman-taman untuk kegunaan awam. Demikian menurut kenyataan Timbalan Ketua Pergerakan Islam di wilayah yang diduduki Zionis, Sheikh Kamal Al-Khatib.

Rangkaian Berita Palestin melaporkan tentang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Sheikh Kamal menyebut bahawa perancangan jahat rejim Zionis ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memadam sejarah rakyat Palestin di Baitulmuqaddis dan menamatkan kawalan umat Islam ke atas tanah suci mereka sendiri.

Sheikh Kamal berkata, “buat pertama kali dalam bulan Ramadhan pihak Zionis membenarkan peneroka haram Yahudi memasuki laman masjid Al-Aqsa, tanpa menghiraukan perasaan umat Islam. Pada masa yang sama, mereka dibenarkan membuat keputusan untuk menukar kawasan-kawasan di masjid mulia ini menjadi taman-taman awam, di mana sesiapa sahaja nanti akan dibenarkan masuk.”

Zionis bercita-cita membina kuil mereka di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa.
Zionis bercita-cita membina kuil mereka di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts