Kebakaran di Haifa: USD454 juta Jangkaan Kos Kerugian

NAZARETH, 5 Disember – Kebakaran hutan besar yang melanda Gunung Karmel di Haifa telah menyebabkan kerugian yang besar yang mungkin mencapai USD454 juta, demikian laporan sumber media Israel pada hari Ahad (5/12).

Akhbar harian Ma’ariv mengatakan bahawa jumlah tersebut tidak meliputi semua kerosakan langsung dan tidak langsung akibat dari kemarakan api yang besar.

Tabung Nasional Yahudi (JNF) melaporkan bahawa api telah memusnahkan 12,000 hektar hutan, sekitar lima juta pokok yang melibatkan hampir daripada setengah kawasan hutan Karmel. Pejabat JNF  mengatakan ianya akan mengambil puluhan tahun untuk memulihkan kawasan tersebut.(PNN)


LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts