Keluarga Dawabsheh Perlu Rawatan ICU Selama Setahun

dawabshehAL-QUDS, 4 Ogos 2015 (PNN) — Keluarga Dawabsheh yang dibakar oleh sekumpulan pendatang Yahudi Jumaat lalu memerlukan rawatan rapi (ICU) selama satu tahun, menurut Pengarah Hospital Tel Hashomer di sini.

Dalam kejadian di perkampungan Kfar Douma di Nablus itu, sekumpulan pendatang Yahudi membakar rumah keluarga Dawabsheh ketika mereka sedang tidur, menyebabkan bayi Ali Dawabsheh, 18 bulan, maut terbakar hidup-hidup. Manakala abangnya Ahmad, 4 tahun, serta ayah dan ibunya mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan sangat kritikal.

Menteri Kesihatan Palestin, Jawad Awwad, Ahad lalu mengumumkan ayah dan ibu Dawansheh masih berada dalam keadaan sangat kritikal manakala anak mereka Ahmad semakin baik sungguhpun kedua belah kakinya parah melecur.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts