BAITULMAQDIS, 23 Dis 2017 — Keluarga Abu Rajab dipaksa meroboh rumah mereka sendiri di kawasan al-Bustan di kejiranan Silwan, di Baitulmaqdis Timur, apabila diugut dengan denda dan kos perobohan yang terlampau tinggi oleh pihak perbandaran Zionis.

Dalam notis perobohan yang diserahkan hari ini, keluarga Palestin itu diberi dua pilihan samada memusnahkan sendiri rumah mereka atau menunggu pihak perbandaran memusnahkannya dan membayar denda serta kos perobohan.

Rejim Zionis mula mengeluarkan arahan meroboh bangunan di kawasan tersebut sejak tahun 2005. Semua 100 buah bangunan kediaman penduduk Palestin di al-Bustan bakal dirobohkan di mana 1,570 penduduknya telah mengambil semua langkah-langkah perundangan tetapi gagal.

Rejim Zionis merancang untuk membina sebuah taman negara di kawasan tersebut. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan membina “Taman King David” di Silwan dan “Lembangan Suci” di atas banyak tapak-tapak sejarah Islam dan Kristian.

(Maan, WAFA)

SHARE