Keluarga Palestin dipaksa roboh rumah sendiri di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 8 Okt 2018 — Keluarga Ayman Naim Kawasbeh dipaksa meroboh rumah keluarganya sendiri di kawasan kejiranan Beit Hanina di Baitulmaqdis Timur, selepas diugut dengan kos perobohan yang sangat tinggi.

Pihak bandaraya Zionis di Baitulmaqdis mengugut Ayman dengan kos perobohan sebanyak 40,000 Shekel (RM45,000) sekiranya pekerja-pekerja mereka merobohkan rumah tersebut. Rumah tersebut didakwa tidak mempunyai permit pembinaan.

Ayman tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan enam anak-anaknya sejak sedekad lalu.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts