Kenali Masjidil Aqsa (2)

Seawal 20 Ogos 1929 lagi, sekumpulan Yahudi ekstremis dari kumpulan Kachaneh (Kach) telah menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa untuk menguasai tembok Buraq untuk ditukarkan menjadi “Kotet” (tembok meratap). Nasib baiklah kaum Muslimin yang pada waktu itu masih merupakan penduduk majoriti kota tersebut berjaya mematahkan tindakan tersebut dan sekali gus Berjaya mempertahankan masjid tersebut. Walau bagaimanapun harga yang terpaksa dibayar amat mahal. Pengganas Yahudi Kach yang dibantu oleh tentera British dari segi persenjataannya telah membunuh lebih kurang 338 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari. Kegagalan percubaan pertama itu tidak berakhir begitu sahaja. Selepas penubuhan negara Israel dengan restu League of Nations pada 14 Mei 1948, Zionis membuat persiapan yang lebih rapi untuk menawan kota tersebut.

Mufti Al-Aqsa, Sheikh Ikarama Sabri baru-baru ini mendedahkan bahawa masjid yang dimuliakan Allah s.w.t, Masjid Al- Aqsa di Baitulmaqdis mengalami kesan retak yang serius akibat kegiatan mengorek lubang di bawahnya oleh kumpulan Yahudi. Ikarama dipetik sebagai berkata oleh televisyen Al-Jazeera, keretakan paling jelas kelihatan pada tembok penanda garisan sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak diceroboh rejim Zionis. `Kesan keretakan besar dapat dilihat pada tembok terbabit kerana kerja-kerja mengorek dilakukan rejim Yahudi bertambah agresif sejak tahun 1967,” (iaitu setelah kekalahan negara-negara Arab kepada negara rejim Zionis pada peperangan Jun 1967 atau dikenali sebagai perang Enam Hari telah membuka ruang baru bagi rejim tersebut) kata mufti itu.

Menurut ramai dari kalangan kaum Yahudi, peperangan tersebut merupakan mukjizat bagi kaum Yahudi dan menunjukkan bahawa tuhan Yahweh sentiasa membantu mereka untuk membina kembali Haykal. Natijah daripada peperangan tersebut, tentera-tentera Zionis telah menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan seterusnya menawan tembok Buraq dan ditukar menjadi Kotel. Semenjak tarikh tersebut sehingga kini tembok tersebut telah menjadi milik rejim Zionis, Masjid al-Aqsa terletak di bawah kekuasaan mereka dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Yang lebih penting lagi, kota al-Quds selepas peristiwa tersebut telah mula mengalami proses pengYahudian.

Selepas sahaja Yahudi menduduki Quds Timur, mereka bertindak memusnahkan kawasan di sebelah barat yang bertentangan dengan tembok Masjid Al-Aqsa (Tembok Buraq atau Yahudi memanggilnya sebagai Tembok Ratapan). Ia merupakan satu kawasan yang mengandungi 135 buah rumah dan dua masjid. Mereka meratakan tanah di situ supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan Yahudi untuk melakukan ibadat sekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam. Yahudi mula berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya.

“Mereka menumpukan kawasan di sebelah barat dan selatan masjid untuk mencari sebarang bukti menyokong kewujudan Haykal. Tetapi sebaliknya mereka mendapati kesan peninggalan Islam yang jelas membuktikan kewujudan identiti Islam di situ. Mereka musnahkan bukti menyokong Islam tetapi meneruskan kerja-kerja keji itu.”

Bersambung….

Rujukan

Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa Dalam Bahaya!!. Kuala Lumpur: JIM International & JIMedia.

Syed Azharul Asriq. Rahsia Masjid Al-Aqsa. e-artikel.

Sumber

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts