Kesatuan Eropah Seru Israel Hentikan Kepungan dan Benarkan Bantuan Memasuki Gaza

Catherine Ashton

29 Mei – Catherine Ashton, Naib Presiden Bagi Polisi Luar Kesatuan Eropah, mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat (28/5), menyeru agar kepungan Israel ke atas Gaza dihentikan segera.

“Kami ingin menegaskan bahawa seruan Kesatuan Eropah agar segera dihentikan sekatan dan tanpa dikenakan sebarang syarat penyeberangan bagi aliran bantuan kemanusiaan, barang komersial dan warga awam masuk dan keluar dari Gaza,” katanya. 

“Polisi pengepungan ini tidak boleh diterima dan secara politik juga tidak konstruktif. Kesatuan Eropah tetap prihatin dengan situasi kemanusiaan di Gaza.” kata beliau lagi.

Dukungan dari negara-negara Kesatuan Eropha ini mengisyaratkan semakin besarnya tekanan antarabangsa terhadap Israel agar dihentikan sekatan atas Gaza dan membiarkan masuknya bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh lima kapal dalam armada yang digelar Freedom Flotilla.

Kenyataan Kesatuan Eropah ini telah menempelak kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, pada hari yang sama, Jumaat (28/5) yang menyatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan yang disertai lebih dari 40 buah negara adalah propaganda “kekerasan terhadap Israel”, malahan Liebermen dengan angkuh berjanji tidak akan membenarkan kapal-kapal tersebut memasuki Gaza. (aljazeera / imemc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts