Komuniti Asia Pasifik bertekad tingkatkan kerjasama bagi menyelamatkan Palestin

Jakarta, 30 Jun — Para NGO dan ahli parlimen di kawasan Asia Pasifik telah menyatakan dokongan teguh kepada bangsa Palestin yang berjuang menentang penjajahan Zionis dan sekatan ke atas tanah air mereka.
Dalam konferens selama 2 hari yang telah diadakan di Balai Sidang Senayan, Jakarta, satu rumusan telah disepakati bahawa adalah menjadi hak bagi rakyat dan bangsa Palestin untuk mendapatkan kemerdekaan, justeru menjadi sebuah negara berdaulat dalam warga dunia ini. Dalam hal ini, semua pelarian Palestin berhak untuk pulang ke tanah-air mereka dan hidup dengan aman sebagaimana negara-negara lain.

Kelemahan dan kelambatan dunia untuk membantu rakyat Palestin dalam mempertahankan hak mereka menyebabkan rejim Zionis semakin zalim dan angkuh, sehingga mengancam seluruh kemanusiaan dan negara lemah yang lain, bukan sahaja Palestin, bangsa Arab dan umat Islam. Oleh itu, setiap pihak harus bersatu menjalankan usaha-usaha gigih membantu rakyat Palestin dan menyedarkan masyarakat tentang permasalahan ini, tidak kira di mana sekalipun.

Dalam ucapan penuh semangat Naib Presiden Stop The War Coalition, George Galloway, beliau menyatakan bahawa masyarakat dunia hari ini sangat benci kepada negara haram Israel. Malang sekali, mereka mengambil masa telalu lama untuk memahami hakikat kejahatan Israel, sehinggakan berlaku tragedi kemanusiaan yang dahsyat seperti yang berlaku di Sabra dan Shatila, serangan ke atas Lubnan, penggunaan senjata larangan dalam serangan ke atas Gaza pada tahun 2008-2009 dan juga serangan ke atas Mavi Marmara. Menurut beliau, kini tiba masanya bagi bangsa Palestin untuk kembali ke tanah-air mereka tanpa sebarang syarat. Beliau menyeru semua pihak supaya terus bekerja keras membantu Palestin, dan jangan sekali-kali menyoal apa yang dilakukan oleh pihak lain dalam membantu Palestin, sebaliknya hendaklah menyoal apa yang kita lakukan. “Jangan berharap kepada Britain, Amerika, ataupun Eropah. Ia terletak terutamanya di atas bahu umat Islam untuk menyelamatkan rakyat Palestin,” kata Galloway.

Selain mendesak supaya dijalankan usaha-usaha bagi menghentikan sekatan dan dibuka semua pintu masuk ke Palestin, konferens ini turut mengusulkan agar kerajaan di rantau ini menyokong tindakan memboikot (Boycott, Divestment and Sanction – BDS) rejim Zionis Israel sehingga mereka menerima dan akur kepada semua resolusi PBB dan mengakui kedaultan Palestin.

Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan turut menyertai konferens tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts