AL-KHALIL, 11 Jan 2018 — Sekumpulan pemuda Palestin menyerang sebuah bas yang membawa pendatang Yahudi dari penempatan haram Kiryat Arba di laluan utama ke bandar Beit Ummar di wilayah al-Khalil petang tadi.

Bas tersebut dibaling dengan batu dan botol, menyebabkan kerosakan. Sebuah ambulan berkejar ke tempat kejadian.

Tentera Zionis kemudiannya dikerah ke kawasan berdekatan bandar Beit Ummar, di mana mereka bertempur dengan pemuda Palestin dengan melepaskan tembakan peluru hidup.

Tentera turut menyerbu kawasan Wadi ash-Sheikh berdekatan laluan masuk utama ke Beit Ummar untuk mengejar pemuda Palestin. Bagaimanapun tiada tangkapan dilaporkan.

Penduduk Palestin meningkatkan serangan ke atas tentera Zionis dan pendatang Yahudi susulan pengisytiharan kota Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis.

(PIC)

SHARE