BAITULMAQDIS, 29 Jan 2019 — Seramai 64 pegawai polis Zionis berpakaian preman dan 43 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka dikawal ketat oleh pasukan polis, diiring menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba dan berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Perjanjian di antara rejim Zionis dan kerajaan Jordan pada tahun 1967 membenarkan orang bukan Islam memasuki tapak suci itu, namun mereka tidak dibenar melakukan sebarang ritual keagamaan.

(PIC)

SHARE