KOTA BAITULMAQDIS, 22 Julai 2020 — Seramai 228 pendatang Yahudi termasuk rabai pelampau Yehuda Glick menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dalam beberapa gerombolan yang diiring oleh tentera Zionis pagi tadi.
Mereka berarak secara penuh provokatif menuju ke kawasan berdekatan dewan solat Bab al-Rahmah, kemudian melakukan ritual Talmud di situ.
Sementara para jemaah dihalang daripada mendekati Bab al-Rahmah serta sekitar kawasan timur tapak suci. Ramai jemaah yang dipaksa menunggu di luar kawasan masjid sementara menunggu para penceroboh beredar keluar.
(Palinfo)