Lebih 3,000 penduduk Palestin ditangkap sejak awal tahun

RAMALLAH, 10 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap lebih 3,000 penduduk Palestin sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2018.

Dari bilangan tersebut, seramai 497 orang adalah kanak-kanak dan 84 wanita. Sementara 180 orang penduduk Gaza turut ditangkap, di mana puluhan daripadanya adalah nelayan.

Seramai 505 orang ditahan secara administratif tanpa sebarang pendakwaan, termasuk 199 tahanan baharu. Selebihnya adalah mereka yang dilanjutkan tempoh tahanan.

Empat orang tahanan meninggal dunia dalam penjara Zionis sejak awal tahun, menjadikan bilangan keseluruhan kematian yang pernah tercatat dalam penjara seramai 216 orang.

Sekitar 6,500 tahanan Palestin dikurung dalam penjara Zionis. Seramai 54 orang adalah wanita, termasuk enam orang di bawah umur 18 tahun. Seramai 350 orang adalah kanak-kanak dan 430 orang tahanan administratif. Dalam pada itu, seramai 1,800 orang tahanan sedang menderita sakit dalam kurungan.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts