Lebih 49 Pendatang Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 12 Dis 2017 — Lebih 49 pendatang Yahudi menyerbu dan menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi, dengan dikawal rapi oleh pasukan polis Zionis.

Para penceroboh berarak sambil dikawal oleh pasukan keselamatan khas Zionis, di mana mereka diberi syarahan tentang Kuil Sulaiman yang didakwa pernah terbina di atas tapak suci itu. Mereka kemudian beredar keluar melalui Pintu al-Silsila sebelum melakukan ritual Talmud di luar kawasan masjid.

Seorang pemuda Palestin ditangkap di Pintu al-Majlis, iaitu salah satu daripada pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, dan diheret ke pusat interogasi di Kota Lama al-Quds.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts