BAITULMAQDIS, 26 Jun 2018 — Pasukan polis dan perisikan Zionis mengiringi segerombolan 73 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba mulai jam 7:00 pagi tadi.

Mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud.

Pada masa yang sama, para jemaah disekat dan diperiksa di laluan-laluan masuk utama masjid. Mereka yang masuk untuk menunaikan solat terpaksa menyerahkan kad-kad pengenalan kepada polis Zionis.

(PIC)

SHARE