Lieberman: Penempatan haram adalah benteng pertahanan Zionis

NAZARETH, 18 Sep 2017 — Menjelang pertemuan pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Donald Trump di New York, Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman petang semalam mendakwa bahawa pos-pos penempatan haram Yahudi merupakan benteng pertahanan daripada ancaman luar, ibarat jaket kalis peluru bagi negara Yahudi itu.

Sambil menyebut bahawa penempatan haram adalah perintis pertahanan Zionis, beliau berjanji untuk meningkatkan perlindungan di semua kawasan penempatan dengan membina pagar-pagar pintar dan kemudahan laluan-laluan masuk sebelum akhir bulan November.

Lieberman turut menyatakan bahawa “ledakan pembinaan” penempatan haram akan melibatkan pemasaran 3,500 buah rumah untuk pendatang Yahudi dan mempercepat rancangan pembinaan sehingga 8,000 buah rumah yang lain.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts