BEIRUT, 19 Nov 2016 (PIC) — Kerajaan Lubnan mula membina tembok keselamatan dan menara kawalan mengelilingi kem pelarian Palestin terbesar di negara itu, Ein al-Hilweh, minggu ini.

Projek yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan itu akan mengepung dan memeritkan lagi kehidupan lebih 120,000 pelarian yang menumpang sejak generasi tahun 1948. Peperangan di Syria membuatkan kem tersebut semakin sesak di mana pelarian Palestin dan Syria terpaksa lari ke Ein al-Hilweh.

Pihak berkuasa mendakwa tembok tersebut akan membolehkan tentera mengawal kem dengan lebih baik, namun para pemerhati berpendapat ia bertujuan untuk mengawal dan menghadkan pergerakan para pelarian di dalam sebuah penjara terbuka.

SHARE