BAITULMAQDIS, 28 Nov 2018 — Mahkamah Agung Zionis hari ini memutuskan supaya hak pemilikan tanah penduduk Palestin seluas 52.2 hektar diserahkan kepada pertubuhan Dana Kebangsaan Yahudi (JNF).

Awal minggu ini, Mahkamah Agung menolak rayuan penduduk Palestin yang membantah keputusannya menetapkan JNF sebagai pemilik tanah terbabit, yang mengelilingi kawasan penempatan haram Gush Etzion di selatan Beit Lahm.

JNF menuntut hakmilik tanah tersebut sejak tahun 1944, kononnya setelah ia membelinya dari sebuah keluarga Palestin yang berhijrah ke Amerika Latin.

Keputusan tersebut membolehkan pendatang Yahudi merampas tanah Palestin “secara sah”, untuk membina ratusan buah rumah baharu.

JNF adalah sebuah pertubuhan Zionis yang ditubuhkan pada tahun 1901, bertujuan untuk mengumpul dana dari kaum Yahudi bagi merampas tanah-tanah Palestin dan membina penempatan haram.

Terdapat 127 penempatan haram dan 116 pos haram di Tebing Barat, yang didiami oleh sekitar 450,000 pendatang Yahudi. Di Baitulmadis sahaja, 220,000 pendatang Yahudi tinggal di 15 buah penempatan haram.

(PIC, Maan, IMEMC, PNN, MEMO)

SHARE