Mahkamah Zionis didesak paksa penduduk Badwi tinggalkan Khan al-Ahmar

BEIT LAHM, 25 Sep 2017 — Rejim Zionis mendesak supaya Mahkamah Tinggi meluluskan rancangan memusnah seluruh komuniti Badwi Palestin dan memaksa mereka keluar dari Khan al-Ahmar di timur wilayah al-Quds.

Desakan tersebut dibuat melalui satu petisyen yang telah diserahkan semalam, bagi meroboh 46 buah rumah sebelum pertengahan tahun 2018 dan memaksa semua penduduknya berpindah ke kawasan pelupusan sampah di bandar Abu Dis.

Satu lagi petisyen diserahkan oleh pendatang Yahudi supaya memusnahkan sekolah di Khan al-Ahmar, yang dibina sejak 2009 dan memberi pendidikan kepada 150 kanak-kanak Badwi, termasuk dari perkampungan Badwi lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts