Mahkamah Zionis lanjutkan tahanan Sheikh Raed Salah

BAITULMAQDIS, 21 Mei 2018 — Mahkamah Tinggi Zionis hari ini melanjutkan tempoh tahanan ke atas Sheikh Raed Salah sehingga 30 Mei.

Terdahulu, Peguam Negara Zionis membuat rayuan supaya tahanan ke atas Ketua Pergerakan Islam Cawangan Utara itu dilanjutkan selama tiga bulan.

Sheikh Raed akan tetap dikurung dalam penjara sehingga hakim memutuskan kes beliau pada 30 Mei. Beliau ditangkap di Umm al-Fahm pada bulan Ogos 2017, kemudian disabitkan bersalah menghasut keganasan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts