Majlis Fatwa: Pencerobohan Al-Aqsa Merupakan Ancaman Terhadap Identiti Islam

RAMALLAH, 23 Julai 2015 (PIP) — Majlis Fatwa Palestin mengecam peningkatan usaha Zionis menyeru supaya pendukung mereka menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan menjalankan ritual Talmud di dalamnya.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Majlis Fatwa menganggap seruan yang dibuat oleh persatuan organisasi sinagog kepada para pendukung mereka supaya menceroboh masuk Masjid Al-Aqsa pada hari Ahad hadapan sebagai satu usaha yang menodai kehormatan Masjid Al-Aqsa. Tindakan itu merupakan satu ancaman bahaya kepada identiti Islam dengan menjadikannya sebagai pusat atau kiblat bagi kaum Yahudi melakukan ritual agama mereka di sana.

Majlis Fatwa turut mengungkap bahawa pencerobohan dan penodaan serta provokasi Yahudi itu boleh mencetus perang agama.

Projek Zionis untuk menjadikan Al-Aqsa sebagai sasaran yahudisasi merupakan satu ilusi, kerana Al-Aqsa tidak mungkin dapat dipisahkan dari akidah umat Islam, dan kota Al-Quds akan tetap menjadi milik umat Islam walaupun penjajah Zionis terus berusaha menghapuskan sejarah dan memalsukan realitinya, tegas Majlis Fatwa.

Majlis Fatwa berharap segenap warga Palestin dan orang Islam yang boleh hadir ke Masjid Al-Aqsa untuk terus meningkatkan usaha bersiap-siaga dan berhadapan dengan semua kosnpirasi serta menggagalkan perancangan yahudisasi ke atas Al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts