Malaysia Cadang Buka Kedutaan di Baitulmaqdis

PUTRAJAYA, 23 Dis 2017 — Malaysia bercadang membuka pejabat kedutaan di Baitulmaqdis Timur sebagai mengiktiraf kota suci itu sebagai ibukota Palestin.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menyebut bahawa mesyuarat kabinet pada bulan hadapan akan membincangkan cadangan yang dikemuka oleh Perdana Menteri bagi mencontohi langkah yang diambil oleh negara Turki.

Minggu lalu Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, berkata negaranya akan membuka kedutaan di Baitumaqdis Timur apabila dunia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

(DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts