AL-KHALIL, 8 Okt 2017 — Masjid Ibrahimi di kota lama al-Khalil akan ditutup kepada para jemaah bersempena hari perayaan Sukkot mulai jam 10:00 malam tadi sehingga malam Selasa, di mana hanya pendatang Yahudi akan dibenarkan masuk.
Rejim Zionis turut mengharamkan laungan azan sepanjang tempoh tersebut.
Masjid Ibrahimi adalah masjid keempat paling tua di dunia, selepas Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid Nabawi. Ia boleh menampung seramai 12,000 orang jemaah.