BAITULMAQDIS, 7 Jan 2019 — Menteri Pertanian Zionis Uri Ariel memimpin beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pemimpin kanan parti pelampau Jewish Home itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba. Seramai 50 pendatang Yahudi menyusul dalam beberapa kumpulan berbeza.

Sementera itu, 55 pelajar agama Yahudi dan enam pegawai polis Zionis berpakaian preman turut menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Pada tahun 2015, Benjamin Netanyahu melarang pegawai rejim dan anggota parlimen Zionis memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa bagi meredakan kebangkitan Intifadah al-Quds, yang tercetus akibat pencerobohan berterusan ke atas tapak suci itu. Larangan tersebut bagaimanapun dibatalkan baru-baru ini.

(PIC)

SHARE