Mereka tidak lagi kenal batasan

Eva Bartlett menulis daripada Semenanjung Gaza, Palestin 3 Januari 2009

Risalah yang digugurkan dari udara di Semenanjung Gaza berbunyi: "Wahai penduduk Semenanjung, Hamas akan menjerumuskan kalian kepada kemusnahan/ Jalan di Gaza Disember 2008." (Sameh A. Habeeb)
Risalah yang digugurkan dari udara di Semenanjung Gaza berbunyi: "Wahai penduduk Semenanjung, Hamas akan menjerumuskan kalian kepada kemusnahan/ Jalan di Gaza Disember 2008." (Sameh A. Habeeb)

Dalam kekelaman debu dan asap kesan daripada serangan terkini F-16, satu keluarga mengunsi. Dispatch daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Jabalia Palestin (PRCS) menerima panggilan tanpa henti daripada penduduk yang mengosongkan rumah masing-masing dengan penuh ketakutan. Hari ini tahun baru, Nakba [tragedi] baru, dan scenario lama; Israel sekali lagi mengebom Gaza dan seluruh dunia tidak berbuat apa-apa, mengambil sikap berada di atas pagar yang jauh bezanya daripada pagar sempadan ber-elektrik yang memenjara Gaza, atau pagar yang memisahkan Tebing Barat. Dunia berada di atas pagar, sambil mengemukan alasan membenarkan pembantaian Israel ke atas orang awam yang telah terancam nyawa sebelum ini akibat sekatan.

Empat ambulan keluar malam ini, berbanding hanya dua malam tadi. Ambulan-ambulan bergerak menyelinap di lorong-lorong gelap di pekan yang dikosongkan — sama seperti jalan-jalan lain di seluruh Gaza — sambil mengelak kesan runtuhan yang masih baru.

Semua ini adalah sesuatu yang amat mustahil, tak masuk akal dan ia adalah pembunuhan massal. “Mereka tidak lagi kenal batasan,” lapor pegawai perubatan. “Mereka telah gila.”

Kami melewati kerangka rumah, masjid, sekolah dan kedai, dan melihat deruan penduduk yang panik melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Lebih ramai lagi yang meninggalkan tempat ini pada pagi hari selepas pengeboman berterusan berhampiran tempat kediaman penduduk pada malam sebelumnya. Saya melihat tinggalan runtuhan. Pagi tadi Israel menggugurkan risalah sebaran yang mengumumkan niat mereka untuk mengebom kawasan utara sebagai satu bentuk hukuman kolektif, para penduduk benar-benar mempercayainya. Lampu-lampu di stesyen PRCS Jabaliya tidak menyala, elektrik telah terputus. Di dalam kegelapan dan kedinginan malam, bunyi ledakan di luar bertambah jelas kedengaran.

Bau tengik asap daripada ledakan peluru-peluru memenuhi udara. Perasaan terkepung dari segenap penjuru oleh jet perang, kereta kebal, bulldozer dan kapal perang bertambah mencengkam setelah mendapat berita tentang sasaran terbaru serangan di Gaza; rumah anak yatim di Bandar Gaza, berhampiran masjid Palestin, beserta khabar angin masjid kemungkinan sasaran seterusnya, menjadikan sekurang-kurangnya 10 buah masjid yang telah dimusnahkan. Bilangan korban dan tercedera daripada serangan ke atas Masjid Ibrahim al-Makadma hari ini ialah 11 dan 50, dan meningkat.

Panggilan kecemasan yang diterima daripada kawasan barat laut, dan 500 kilometer  timur daripada stesyen ambulan ini  terpaksa diabaikan.  Para medik perlu beurusan dengan pihak Israel melalui International Committee of Red Cross (ICRC). Satu ironi; penjajah tidak membenarkan yang dijajah keluar, penjajah masuk dan menjajah, penjajah membunuh dan mencedera, dan — sesuatu yang sukar dipercayai  — masih punya hak untuk membenarkan atau menafikan pihak lawan daripada mengambil mangsa mereka yang cedera dan terbunuh.

Saya akhiri artikel saya di sini dengan kebingungan yang tidak berkesudahan, terlalu sukar untuk diterima oleh akal saya — dengan ledakan letupan dan bilahan kipas Apache; dengan rentetan tembakan di waktu malam; dan dengan ledakan-ledakan yang entah ke mana disasarkan dan entah bila akan ditamatkan.

Eva Bartlett adalah aktivis kemanusiaan Kanada dan juga penulis bebas yang menetap selama lapan bulan pada tahun 2007 di tengah-tengah komuniti Tebing Barat dan empat bulan di Kaherah dan di pintu sempadan Rafah. Dia sekarang berada di Semenanjung Gaza setelah tiba bersama bot ke-3 milik Free Gaza Movement. Dia bekerjasama dengan International Solidarity Movement di Gaza, menaiki ambulan-ambulan dan pada masa yang sama menyaksi dan mendokumentasi serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts