Mesir akan buka pintu lintasan Rafah selama 5 hari

GAZA, 28 Jun 2016 (Anadolu) — Kementerian Dalam Negeri Gaza memaklumkan bahawa pihak berkuasa Mesir akan membuka kedua-dua arah pintu lintasan di Rafah selama lima hari mulai esok, Rabu, sehingga Isnin kecuali hari Jumaat.

Awal bulan lalu, pihak Mesir membuka pintu Rafah selama empat hari bagi membenarkan 3,000 penduduk Gaza, kebanyakannya pesakit dan pelajar, keluar dari wilayah yang terkepung itu.

Lebih 28,000 penduduk Gaza yang memerlukan rawatan kesihatan dan pelajar telah memohon untuk mendapatkan kebenaran melintas pintu sempadan Rafah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts