KAHERAH, 17 Mei 2018 — Pihak berkuasa Mesir hari ini memutuskan untuk membuka pintu lintasan sempadan di Rafah sepanjang bulan Ramadan.

Kenyataan pemimpin Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, melalui laman Facebook beliau menyebut, “Saya telah mengarahkan semua badan terbabit mengambil langkah perlu untuk membuka lintasan Rafah secara berterusan sepanjang bulan Ramadan, bagi meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza.”

Terdahulu, Mesir mengisytihar rancangan untuk membuka pintu lintasan semapdan selama empat hari bermula Sabtu lalu. Mereka kemudian melanjutkan tempoh tersebut sehingga hari ini bagi membenarkan bantuan perubatan dan kemanusiaan di bawa masuk ke Gaza.

(PIC)

SHARE