Mivtza Oferet Yetzuka

Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia.

Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka?

Ianya adalah perkataan di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “Operasi Ketenteraan ke atas Wilayah Selatan”. Di dalam bahasa Inggeris adalah “Operation Cast Lead”.

Bagi rejim pengganas Israel, Wilayah Selatan adalah Semenanjung Gaza. Dari istilah ini, kita telah mengetahui akan maksud mereka iaitu mereka masih menggangap Gaza adalah milik mereka sepenuhnya. Tujuan Operasi ini adalah untuk memerangi Hamas namun realitinya adalah untuk memusnahkan dan membunuh kebanyakan dari penduduk gaza.

Operasi Ketenteraan ini lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Peperangan ke atas Gaza. Ianya dilancarkan pada 27 Disember 2008 berikutan tamat tempoh gencatan senjata di antara Hamas dan pengganas Israel.
Genjatan senjata di antara pihak berkuasa Palestin (Hamas) dan pengganas Israel bermula dari 19 jun 2008 hingga 19 Disember 2008. Genjatan ini telah menunjukkan komitmen Hamas dalam meletakkan kepentingan rakyat Palestin yang mereka dipertanggungjawabkan. Hamas telah rela meletakkan senjata mereka pada tempuh berikut dengan syarat Israel menghentikan segala sekatan ke atas rakyat Palestin dan membenarkan segala bentuk bantuan kemanusiaan dan keperluan hidup disalurkan kepada rakyat Palestin.

Namun dari dahulu sampailah ke saat ini telah terbukti bahawa pengganas Israel adalah pihak yang telah dan sentiasa mencabuli segala macam bentuk perjanjian yang mereka tandatangani. Hanya beberapa jam selepas genjatan tersebut bermula pada 19 Jun 2008, IDF (Israel Defence Force) iaitu pihak tentera pengganas Israel telah menembak beberapa nelayan dan pekebun Palestin. Sumber maklumat ini telah direkodkan oleh Palestinian Center for Human Rights. Serangan berikutnya adalah pada 23 Jun 2008 di mana tentera pengganas Israel telah menembak kanak-kanak dan orang awam di utara Semenanjung Gaza.

Berikutan dengan kebiadapan dan penipuan pihak pengganas Israel, maka Hamas telah menyerang balas dengan mempergiatkan serangan roket ke atas wilayah Israel haram.

Dunia rata-rata masih lagi tertipu dengan dakyah-dakyah media Amerika Syarikat yang telah memetik kata-kata mantan presiden mereka, Jimmy Carter yang telah membuat kesimpulan bahawa Hamas tidak langsung menunjukkan sebarang komitmen dalam mematuhi syarat-syarat genjatan senjata.

Analisa demi analisa telah dibuat dan telah terbukti di setiap kali perjanjian pihak pengganas zionis Israel yang harus sentiasa dan selamanya dipersalahkan dalam isu-isu ini. Begitulah juga dengan perjanjian Oslo yang mana Fatah telah ditipu dalam isu pembahagian sempadan tebing barat.

————————–

Tulisan Dr Kursiah Mohd Razali. InsyaAllah bersambung di episod lain.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts