Mufti Palestin: Al-Aqsa adalah tapak suci seluruh umat Islam

AL-QUDS, 13 Julai 2016 (PIC) — Mufti Besar al-Quds dan Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, dalam kenyataan media beliau hari ini menetapkan Masjid al-Aqsa sebagai satu garisan merah dan tapak suci bagi umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Beliau turut memberi amaran kesan buruk daripada sikap agresif pendatang Yahudi terhadap al-Aqsa.

Seramai 352 pendatang Yahudi yang dikawal oleh tentera Zionis menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pada hari Selasa dan Rabu, sambil membuat provokasi ke atas para jemaah dengan melakukan ritual Talmud dan menari.

Pencerobohan tersebut dibuat kononnya sebagai menyahut hasutan keluarga pendatang Yahudi yang dibunuh di kawasan penempatan haram Kiryat Arba pada akhir bulan lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts