Murabitat Hanadi al-Halawani ditangkap semula

AL-QUDS, 28 Okt 2017 — Polis penjajah Zionis menangkap murabitat Hanadi al-Halawani ketika beliau sedang berjalan keluar dari Masjid al-Aqsa hari ini.

Hanadi, yang juga seorang guru, memasuki tapak suci umat Islam itu bersama seorang lagi murabitat, Khadija Khuwais, setelah tamat tempoh pengharaman memasuki al-Aqsa selama sebulan selepas dibebaskan dari penjara.

Mahkamah Zionis membebaskan Hanadi dan Khadija dengan syarat dikenakan tahanan dalam rumah selama 14 hari, diharamkan memasuki Masjid al-Aqsa selama sebulan dan dilarang keluar negara, serta tidak dibenarkan memasuki wilayah Tebing Barat selam enam bulan. Mereka juga dikenakan denda sebanyak 5,000 shekel.

Sementara itu seorang pemuda al-Quds ditangkap setelah pasukan polis Zionis menyerang beliau di Pintu al-Silsila di Masjid al-Aqsa hari ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts