Kuil Yahudi di Palestin13 Dis – Yayasan al Aqsa dalam kenyataan kepada media, pada Khamis (10/12), menyatakan bahawa penjajah Israel dalam masa terdekat akan membuka apa yang disebut sebagai Muzium “Kuil Ketiga” yang mereka dakwa. Muzium ini berada di hujung barat kawasan al Buraq menghadap masjid al Aqsa dari arah barat, hanya sejauh puluhan meter dari Masjid al Aqsa.

Yayasan al Aqsa menyatakan, “Muzium ini akan mencakupi ruangan-ruangan dan tempat-tempat pameran yang berfokus pada konsep-konsep pembangunan kuil yang mereka dakwa, serta pameran sejarah Ibrani di kota al Quds yang hanya ilusi mereka dan tidak benar.”

Di antara bahagian yang terpenting dari muzium ini adalah ruang pameran besar yang di dalamnya adalah layar dan papan kaca besar menghadap ke Tembok Ratapan (al Burak) dan Masjid Al Aqsa. Melalui layar tersebut ditampilkan rakaman, filem-filem dan pemaparan-pemaparan dakwaan sejarah palsu Yahudi di kota al Quds. Selain pemasangan sebuah model besar kuil yang mereka impikan di atap bangunan menghadap ke masjid al Aqsa, yang telah dilakukan pada bulan lalu.

Dua tahun yang lalu Yayasan al Aqsa telah mengungkapkan bahawa pembiayaan projek yahudisasi ini mencecah angka $ 20 juta. Yang sebahagian besarnya adalah sumbangan dari actor terkenal  Amerika, Kirk Douglas dan anaknya, pelakon hollywood, Michael Douglas.

Untuk makluman bahawa bangunan ini pada awalnya adalah bangunan Islam yang terletak di kedua sisi di lorong Maghariba dan al Syaraf yang keduanya dihancurkan penjajah Israel pada tahun 1967. Selama bertahun-tahun di kedua lokasi ini dibuka pusat kajian Taurad dan Talmud dengan nama “Ish Hotrah”, yang bererti api Taurat.

Yayasan al Aqsa mengatakan, berdasarkan pemantauan dan kunjungan lapangan yang dilakukan, aktiviti pembangunan ini dilakukan dengan cepat dan berjalan lancar. Dalam beberapa hari ini sudah dilakukan kerja-kerja di peringkat fasa akhir.

Yayasan al Aqsa menjangkakan bahawa pembukaan dan perasmian muzium ini akan dilakukan dalam waktu dekat, terutama setelah ada pengumuman pembukaan pembukaan salah satu bahagian dari muzium ini pada Sabtu (12/12), iaitu bahagian yang ada di atap bangunan, yang dipasang di sana model kuil yang mereka dakwa, menghadap langsung ke masjid Al Aqsa. (seto/infopal/din)

SHARE