Nakhba 15 Mei – rakyat Palestin tetap akan pulang ke tanahair mereka!

Di merata pelusuk dunia, ratusan pertubuhan sedang bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan 15 Mei sebagai mendukung sepenuhnya usaha pembebasan dan kemerdekaan Palestin, sekaligus membuka laluan kepada 9 juta rakyat Palestin yang terusir untuk kembali ke tanah air mereka.

15 Mei merupakan salah satu titik hitam dalam sejarah kebinatangan Zionis — An-Nakbah, hari di mana negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948 dengan cara menghancurkan 500 buah perkampungan rakyat Palestin, dan seterusnya menghalau keluar ratusan ribu rakyat Palestin sehingga terpaksa menumpang hidup di Gaza dan negara-negara jiran.
Pada hari itu juga telah jatuhnya Masjid al-Aqsa yang mulia, dijajah, dihina dan dikotori oleh penjajahan Zionis. Kaum Muslimin dilarang daripada memasukinya.
Pemuda-pemuda Palestin di Lubnan dan negara-negara jiran Palestin yang lain kini sedang menjalankan kempen “Masiirat al ‘Awdah” — Gerak Jalan Menuju Pulang. Pada 15 Mei nanti, rakyat Palestin yang terusir di Lubnan, Mesir, Syria dan Jordan akan mara bergerak menuju ke sempadan-sempadan Palestin dan berdemonstrasi di sana, menuntut masyarakat dunia agar menyokong kepulangan mereka ke tanah-air asal mereka, Palestin.
Di samping itu, demonstrasi seumpama itu akan turut diadakan di hadapan kedutaan-kedutaan Israel di beberapa negara Barat. Ma’an News Agency melaporkan satu tunjuk perasaan akan diadakan di England, di mana pemimpin Viva Palestina, George Galloway, akan mengetuai usaha tersebut.
Dianggarkan sekitar sejuta orang aktivis akan terlibat dalam tunjuk perasaan di negara-negara Barat.
Manakala di New York, satu tunjuk perasaan secara besar-besaran akan diadakan di pejabat PBB. Para aktivis di bawah gabungan The Organizing Committee for Al-Nakba Commemoration 2011 sedang aktif merancang tunjuk perasaan tersebut dengan menggunakan berbagai jaringan sosial, mengundang bangsa Palestin, Arab dan semua mereka yang mendukung hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka supaya berkumpul di Plaza Dag Hammarskjold pada 15 Mei.
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts