Nasib nelayan Gaza, tidak dijamin dapat pulang setelah meninggalkan rumah

KHAN YOUNIS, 25 Ogos 2016 (PIP) — Pemuda Ibrahim Amudi, 27, memutuskan untuk menjadi seorang nelayan mngikut jejak langkah bapa dan datuknya, walaupun beliau berkelulusan ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi itulah kehidupan di Gaza yang penuh dengan kepayahan.

Menjelang waktu petang, Ibrahim mula menyediakan peralatan menangkap ikan, termasuk jaring, untuk melakukan “perjalanan” menuju nasib yang belum pasti.

Di atas bot kecilnya dengan ditemani oleh adik beradik dan anak-anak saudaranya, mereka mula meredah laut luas yang penuh risiko dan bahaya dari kapal perang tentera laut Zionis.

Ibrahim yang mempunyai dua orang anak menceritakan kisah deritanya berhadapan dengan kapal perang tentre penjajah. “Kami sudah terbiasa ditembak kapal perang Zionis hampir setiap hari, bahkan jaring, jala serta alat menangkap ikan kami yang lain dirampas,” cerita beliau.

Tindakan ganas tentera Zionis dilakukan tanpa sebarang amaran awal. Mereka akan menangkap, memukul atau menembak di tengah laut, atau merosakkan peralatan nelayan, secara tiba-tiba.

Namun warga Gaza tidak ada banyak pilihan. Mereka perlu bekerja untuk menyara hidup anak-anak.

Bagi nelayan Khumsaini Mahmud Hanawi, alat menangkap ikannya pernah dirampas oleh pasukan maritim Zionis ketika beliau sedang berusaha menangkap ikan di tengah laut. Menurut beliau, rejim Zionis sengaja melakukan berbagai kekerasan terhadap nelayan Gaza untuk mengekang sumber rezeki mereka.

Seorang lagi nelayan, Khalid Liham, pernah dirampas alatan menangkap ikan dan ditembak sebanyak tiga kali. Sejak tiga bulan lalu, beliau tidak turun ke laut kerana hasil tangkapannya sangat sedikit.

Di sebahagian kawasan, rejim Zionis membenarkan nelayan Gaza belayar hingga ke jarak 9 batu nautikal. Sebahagian wilayah lain hanya 6 batu nautikal.

Terdapat 4,000 orang nelayan di seluruh Gaza, di mana 750 daripadanya adalah dari Khan Younis.

Sejak awal tahun ini, sebanyak 139 kes serangan ke atas nelayan dilaporkan, di mana 24 nelayan cedera dan 15 bot mereka rosak. Sepanjang tahun 2015, seramai 71 nelayan telah diculik dan 22 buah bot dirampas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts