GAZA, 26 Jun 2019 — Pasukan tentera laut Zionis pagi tadi menyerang bot-bot nelayan Palestin di perairan selatan Gaza, sebelum merempuh sebuah sehingga mencederakan seorang nelayan, serta menangkap dua nelayan lain sebelum membebaskan mereka semula.

Ketika kejadian, tentera Zionis mengejar bot nelayan Mohammad Nahhal yang sedang belayar di pantai Rafah sebelum merempuhnya. Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan-nelayan lain dan dikejarkan ke Hospital Abu Yousef Najjar di kota Rafah.

Dalam kejadian sama, tentera penjajah melepaskan tembakan mesingan dan memintas bot yang dinaiki nelayan dua-beradik, Mohamed dan Mu’ab Nidal Ayyash, sebelum menangkap mereka. Tentera penjajah juga mengejar bot-bot nelayan lain yang sedang belayan dalam zon tiga batu nautikal serta menyerang mereka dengan meriam air. Para nelayan terpaksa bergegas menyelamatkan diri belayar pulang ke pantai, meninggalkan kelengkapan menangkap ikan mereka di laut.

Beberapa jam kemudian, tentera Zionis membebaskan mereka semula bersama seorang lagi nelayan, Hazem al-Nada, yang diculik malam tadi.

(PIC, IMEMC)

SHARE