Netanyahu: Khan al-Ahmar akan dirobohkan tidak lama lagi

BAITULMAQDIS, 20 Nov 2018 — Pemimpin rejim Zionis, Benjamin Netanyahu, dalam sidang medianya semalam berkata perkampungan Khan al-Ahmar “akan dirobohkan tidak lama lagi”.

“Bagaimanapun,” sambung beliau, “saya tidak menetapkan waktu. Kami sedang bersedia untuk itu.”

Perobohan perkampungan Badwi itu tertangguh beberapa kali dan tidak ada tarikh baharu diumumkan.

Penduduk Khan al-Ahmar adalah dari puak al-Jahalin yang dipaksa berpindah ke Tebing Barat pada awal tahun 1950-an, yang ketika itu di bawah pentadbiran kerajaan Jordan.

Bekas Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, dan juga Menteri Pendidikan, Naftali Bennet, sebelum ini mengkritik Netanyahu kerana penangguhan tersebut.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts