WASHINGTON, 7 Mac 2018 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu hari ini menegaskan tentera Zionis akan kekal mengawal wilayah Tebing Barat, tetapi menolak sebarang kemungkinan bahawa penduduk Palestin di situ akan menjadi warga negara haram Zionis.

Dalam temubual di Economic Club di Washington DC, Netanyahu menyatakan harapan untuk menyerap Tebing Barat sebagai wilayah negaranya, dan meninggalkan penduduk Palestin tanpa negara.

Menurut beliau lagi, hampir semua negara-negara Arab tidak lagi melihat negaranya sebagai musuh, tetapi sebagai sekutu penting untuk menangani ancaman militan Islam. Oleh itu, negara Arab perlu membantu menukar persepsi penduduk Palestin supaya berdamai dengan negara Yahudi itu, katanya.

(Mondoweiss)

SHARE