Olmert batalkan lawatan ke Switzerland, bimbang ditangkap

TEL AVIV, 25 Jul 2019 — Bekas Perdana Menteri Zionis, Ehud Olmert, hari ini membatalkan jadual lawatan beliau ke Switzerland kerana bimbang ditangkap atas kesalahan jenayah perang ke atas Gaza.

Terdahulu, pihak berkuasa Switzerland memaklumkan rejim Zionis bahawa Olmert akan disoal-siasat apabila tiba di negara itu, membuatkan Olmert membatalkan lawatan selepas berunding dengan Kementerian Luar dan Kementerian Kehakiman.

Beberapa pertuduhan jenayah perang telah dibuat ke atas Olmert selepas tentera Zionis menyerang Gaza dari akhir tahun 2008 hingga awal 2009, membunuh lebih 1,300 penduduk termasuk lebih 300 kanak-kanak, dan mencederakan ribuan yang lain.

(IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts