ORDE BARU DUNIA siri 1

Fokus yang berikutnya ialah berkaitan dengan Order baru dunia (New World Order).

Muqaddimah

Apa yang ingin sentuh di sini ialah berkenaan suatu tajuk yang seringkali kita dengar di dalam media-media barat, iaitu berkenaan konsep New World Order atau Orde Baru Dunia. Kita ingin melihat, apakah sebenar maknanya, hubungannya dengan ummah muslim .

Asal kewujudan orde dunia

Pertamanya, konsep yang kononnya dikatakan world order atau orde dunia ini adalah satu konsep yang wujud diakibatkan oleh proses modenisasi atau pengaruh modenisma yang berlaku di Eropah Barat. Dengan wujudnya pembaharuan ini, negara-negara mempunyai pelbagai kuasa. Negara yang kuat pula ingin menguasai hal-ehwal dunia. Mereka mahu membentuk satu orde, satu sistem yang mana hal-ehwal dunia ini dikuasai bagi memasti dan melindungi kepentingan kuasa-kuasa besar atau negara-negara kuat. Peraturan-peraturan dan jalan kepadanya inilah yang diertikan sebagai world order.

Peperangan dunia pertama dan akibatnva

Contohnya, selepas perang dunia yang pertama, negara-negara yang menang iaitu Britain dan Perancis, dengan disertai oleh Amerika Syarikat, telah membentuk satu orde dunia yang bertujuan untuk memastikan penguasaan mereka. Orde dunia ini termasuklah sistem yang berasaskan kepada konsep new domination atau penguasaan baru. Penguasaan baru ini adalah sesuatu yang serupa dengan apa yang kita ada sekarang di Bangsa-Bangsa Bersatu cuma ia tidak lebih langsung. lanya lebih ringkas dan mudah bentuknya.

Negara-negara yang tewas di dalam peperangan dunia pertama pula ialah muslim iaitu daulah ‘Othmaniyah, Jerman dan Itali. Inilah kuasa dunia yang kalah di dalam peperangan tersebut. Daulah ‘Othmaniyah telah dipecah-pecahkan.

Sistem tersebut, walaubagaimanapun telah gagal kerana sebaik sahaja selepas perang dunia pertama, Jerman kembali naik sebagai satu kuasa dan menjadi negara yang kuat. Jepun, Jerman dan Itali telah menjadi kuat dan mereka meminta hak dan suara mereka di dalam hal-ehwal dunia. Hitler, pemimpin Jerman di ketika itu, menulis kepada Churchill dan pemimpin Barat, meminta untuk diadakan satu perbincangan tolak-ansur, tetapi mereka menolak kerana ini bermakna mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan negara yang kalah. Mereka tidak mahu melakukannya kerana mahu Jerman tunduk kepada mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts