PA Halang Kemasukan Barangan Ke Gaza Melalui Rafah

GAZA, 20 Nov 2017 — Pihak Berkuasa Palestin (PA) enggan membenarkan barangan asas dibawa masuk ke Gaza melalui pintu lintasan sempadan di Rafah walaupun dibuka sejak tiga hari lalu berturut-turut.

PA memberi alasan pintu sempadan itu belum bersedia dengan sistem untuk memeriksa barangan seperti bahan binaan, simen, kayu dan cat ke Gaza. Pengarah Perancangan dan Polisi di Kementerian Ekonomi Palestin, Osama Nofal, menyebut bahawa barangan bantuan kemanusiaan yang dibawa masuk ke Gaza sejak lapan tahun lalu tidak pernah diperiksa.

Osama mengesahkan PA akan mengurus lintasan Rafah mengikut persetujuan 2005, yang melarang beberapa jenis barang termasuk bahan binaan dibawa masuk. Beliau juga mengesahkan bahawa PA akan mengenakan cukai ke atas barangan berkaitan, walaupun dibawa sebagai bantuan kemanusiaan.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts