GAZA, 9 Apr 2018 — Seorang paramedik Gaza, Imad al-Buhaisi, cedera ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Zionis di timur kem pelarian al-Buriej di tengah Gaza petang tadi.

Ketika kejadian, tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penduduk yang berhimpun secara aman serta para jurnalis yang berpengkalan di kem pelarian al-Awda.

Sejak 30 Mac lalu, ribuan penduduk Palestin berhimpun di kawasan sempadan bagi mengadakan bantahan Great Return March bersempena ulang tahun ke-42 Hari Bumi. Perhimpunan tersebut akan berterusan selama enam minggu.

Seramai 32 penduduk Gaza telah ditembak mati oleh tentera Zionis, manakala lebih 2,800 yang lain cedera.

(PIC)

SHARE