BAITULMAQDIS, 7 Mac 2018 — Parlimen Zionis, Knesset, hari ini meluluskan undang-undang yang memberi kuasa kepada Kementerian Dalam Negeri membatalkan status penduduk tetap Baitulmaqdis ke atas penduduk Palestin yang didapati “melanggar kesetiaan”.

Undang-undang tersebut akan membatalkan kuasa Mahkamah Agung Zionis bagi membantah keputusan yang dibuat oleh kementerian. Ia bagaimanapun tidak menjelaskan terma “melanggar kesetiaan”.

Sekitar 300,000 penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur mendapat status penduduk tetap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Zionis melalui “Undang-Undang Memasuki Israel”. Ia merupakan undang-undang utama bagi pendaftaran kelahiran, kematian serta perkahwinan dan dokumen perjalanan.

Sejak 1967, rejim Zionis telah membatalkan lebih 14,000 status penduduk Palestin, memaksa mereka keluar dari kota suci Baitulmaqdis.

(MEE)

SHARE