Pelajar Palestin cedera parah ditembak tentera Zionis

BEIT LAHM, 18 Apr 2019 — Seorang pelajar Palestin cedera parah ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Zionis, selepas menyertai upacara pengkebumian seorang guru di perkampungan Teqoa di tenggara Beit Lahm tengahari tadi.

Kejadian berlaku selepas upacara pengkebumian, di mana tentera Zionis bertempur dengan kumpulan pelajar Palestin dengan melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Tentera Zionis menangkap salah seorang pelajar berumur 16 tahun, mengikat tangan dan menutup matanya. Namun beliau ditembak dari arah belakang ketika cuba melarikan diri. Penduduk serta pasukan ambulan dilarang mendekati mangsa untuk membantu, walaupun mangsa mengalami pendarahan yang serius.

Tentera Zionis bagaimanapun gagal menangkap semula mangsa yang tercedara itu, kerana keberanian penduduk menghalang mereka walaupun diugut dengan muncung senjata.

Guru wanita Fatima Suleiman, 42, terbunuh pagi tadi selepas dilanggar secara sengaja oleh seorang pendatang Yahudi.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts