Pelampau Yahudi ikrar tukar Bab al-Rahma jadi sebuah sinagog

BAITULMAQDIS, 4 Mac 2019 — “Pertubuhan Kuil” akan menganjurkan pencerobohan besar-besaran ke perkarangan Masjid al-Aqsa pada hari Khamis 7 Mac 2019, untuk memecah masuk ke dalam dewan solat Bab al-Rahma dan merampasnya semula.

Pelampau-pelampau Zionis berikrar untuk menukarnya menjadi sebuah sinagog.

Sejumah rabai dan aktivis pertubuhan Haikal malam tadi membahas cara-cara untuk meningkatkan usaha menolak tindakan Majlis Wakaf membuka semula Bab al-Rahma. Mereka merancang supaya orang Yahudi dibenarkan bergerak bebas di perkarangan tapak suci umat Islam itu, termasuk melalukan ritual secara terbuka.

Mereka menyarankan empat tindakan, iaitu

  1. Penceroboh dan demonstrasi besar-besaran serta memasuki dewan solat Bab al-Rahma pada 31 Mac,
  2. Membina sebuah sinagog di sekitar musolla Bab al-Rahma,
  3. Mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 31 Mac untuk mengusir Majlis Wakaf dari Masjid al-Aqsa, dan
  4. Mengumumkan kedaulatan Zionis sepenuhnya ke atas Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts