Pembebasan Gilad Shalit: Saya Gembira Jika Semua Tahanan Palestin Dibebaskan

Kaherah, 18 Okt – Gilad Shalit, askar Israel yang ditahan oleh Hamas memaklumkan kepada media Mesir dalam satu temuramah selepas pembebasannya dari Gaza pada Selasa (18/10) lalu bahawa Hamas melayaninya dengan baik semasa lima tahun dalam tahanan dan berkata bahawa dia berada dalam kesihatan yang baik.

Shalit juga meluahkan rasa kekecewaannya pada kerajaan Israel kerana terlalu lama membiarkan beliau dalam tawanan Hamas selama lima tahun. Beliau berkata  menerima berita pembebasannya minggu lepas dan meluahkan rasa kegembiraannya saat dibebaskan.

Apabila media memperingatkan Shalit mengenai beribu-ribu rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel sejak bertahun-tahun lamanya, manakala dia ditahan selama lima tahun, media bertanya secara langsung kepada beliau “Adakah mungkin bahawa anda akan mengetuai kempen untuk membebaskan semua tahanan Palestin yang masih dalam tahanan?”

Shalit berkata bahawa dia akan berasa gembira jika semua banduan Palestin di penjara Israel dibebaskan dan dikembalikan kepada keluarga mereka.

Apabila ditanya mengenai rancangan beliau untuk masa depan, Shalit telah menyatakan bahawa beliau berharap perjanjian ini akan membantu mengukuhkan keamanan di antara Israel dan Palestin. PIC/IMO

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts