Pemimpin perkampungan al-Araqeeb dihukum penjara 10 bulan

GURUN NAQAB, 22 Nov 2018 — Mahkamah Agung Zionis semalam menolak rayuan pemimpin Badwi dari perkampungan al-Araqeeb, Sheikh Sayah Abu Madhi’m Al-Turi, dari hukuman penjara selama 10 bulan ke atasnya.

Mahkamah sebaliknya memutuskan beliau mula dipenjara pada hari Krismas, 25 Disember.

Pada bulan Disember 2017, Mahkamah Majistret Beersheva menyabitkan Sheikh Sayah bersalah atas “17 kesalahan menceroboh, 19 kesalahan memasuki kawasan awam secara haram, dan satu kesalahan melanggar undang-undang”. Beliau dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara, lima bulan probasi dan denda sebanyak 36,000 Shekel (RM40,330).

Sheikh Sayah, 69, dilahirkan di al-Araqeeb pada tahun 1949. Di situlah beliau berkahwin dan menetap sehingga mendapat anak dan cucu.

Al-Araqeeb buat pertama kali dirobohkan pada tahun 2010, atas alasan ianya tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Sehingga Oktober 2018, ia telah dirobohkan sebanyak 135 kali termasuk dalam bulan Ramadan. Setiap kali selepas diroboh, penduduk akan membina semula kemah dan rumah mereka.

Dua anak lelaki Sheikh Sayah turut berhadapan dengan pertuduhan yang sama.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts