BAITULMAQDIS, 14 Feb 2018 — Pemuda Palestin Mustafa al-Maghrabi cedera parah diserang oleh segerombolan pendatang Yahudi dalam perkarangan Masjid al-Aqsa tengahari tadi.

Gerombolan pendatang yang diiring oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu mula menyerang Mustafa dan beberapa pemuda lain di kawasan Pintu al-Silsila, sebelum mereka beredar.

Mustafa dilaporkan mengalami retak tempurung kepala dan dikejarkan ke Hospital Hadassah dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

(PIC, WAFA)

SHARE