Pemuda Palestin cedera parah ditembak di Nablus

NABLUS, 9 Nov 2016 (Maan) — Pemuda Palestin Muhammad Amr, 32, cedera parah ditembak oleh tentera penjajah Zionis di laluan utama bandar Hawara di selatan wilayah Nablus pagi tadi, apabila beliau dituduh cuba menikam seorang askar Zionis dengan menggunakan pemutar skru.

Mangsa yang berasal dari kota Tulkarem itu dibantu oleh pasukan Bulan Sabit Merah Nablus sebelum dikejarkan ke Pusat Rawatan Rabin di Petah Tikva dengan sebuah ambulan tentera Zionis.

Beberapa orang saksi menyatakan bahawa Muhammad cuba melintas jalan di Huwwara, kemudian tiba-tiba ditembak oleh seorang askar Zionis yang kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau dan mencampak ke arah bersebelahan mangsa.

Susulan kejadian, tentera Zionis menutup sekatan Za’tara dan Hawara di bandar tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts