JENIN, 17 Jan 2019 — Hanya beberapa jam sebelum dijadualkan bebas dari penjara Zionis, pemuda Sameh Mohammad Kamil dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan selama enam bulan.

Pemuda dari bandar Qabatiya di selatan kota Jenin itu dikurung dalam penjara Majeddo, dan dijadualkan bebas hari ini setelah menjalani hukuman selama tiga bulan. Beliau ditangkap pada bulan Oktober tahun lalu.

Tahanan pentadbiran membenarkan rejim Zionis menahan penduduk Palestin tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan untuk tempoh enam bulan, hanya dengan bersandarkan kepada bukti-bukti “rahsia”. Tempoh tersebut bagaimanapun boleh diperbaharui tanpa had dan tahanan atau peguam mereka tidak dibenarkan mengetahui kandungan fail bukti-bukti “rahsia” berkenaan.

(IMEMC, WAFA)

SHARE