Pemuda Palestin ditangkap atas tuduhan merancang untuk menikam

AL-QUDS, 17 Jan 2017 (PIC) — Polis sempadan penjajah Zionis menangkap seorang pemuda Palestin ketika memeriksa kad pengenalan penumpang dalam sebuah bas di kejiranan al-Tur di timut Kota Lama al-Quds, dengan mendakwa beliau sedang merancang untuk menikam tentera.

Pemuda berumur 19 tahun dari kem Doheisheh di kota Beit Lahm itu dikatakan cuba memasuki kota al-Quds tanpa kebenaran, di mana polis merampas sejumlah wang yang kononnya akan digunakan untuk membeli sebilah pisau bagi tujuan menikam polis dan tentera Zionis.

Polis Zionis akan menahan mangsa sehingga selesai siasatan, tanpa mendedahkan identiti beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts